.:: Faqihu atau Faquhu::.

•April 2, 2009 • 3 Comments

Alhamdulillah, Allah panjangkan umur saya lg utk update blog tmpt sy luahkan or praktikkan ilmu yg telah sy pelajari. Hari yg indah ini, sy still dlm ofis yg sederhana bersama shbt2 lain yg cekal beribadah (bekerja kan satu ibadah…) sy nk share (sharing & reminding is caring) berkenaan hadith logam.Hadith nih kali pertama sy dgr mse sessi bertadabbur dgn akhawat dr UM dirumah sewa mereka. Dh lme nk update dlm blog, arini ada kelapangan. So kita mulakan dgn maksud hadith terbabit.

Hadith LOGAM:

“Manusia itu ibarat logam. Baiknya dia ketika di jahiliyyah baiknya juga dia ketika di islam. Sekiranya dia faham.” (Bukhari & Muslim)

Hadith nih blh dikaitkan dgn kisah Saidina Omar. Bygkan lah Saidina Omar yg tegap tuh blh lembut hatinya bile dia dgr adiknya Fatimah membaca surah Thoha. MasyaALLAH, benarlah ALLAh itu Maha Agung. Hati khalifahNya berada dihujung jariNya shj. Bile2 masa ALLAH blh bolak balikkan hati kita. Peristiwa ini dikaitkan dgn hadith diatas kerana Saidina Omar ibarat LOGAM. Keras, tidak mudah berkarat, kuat tp still boleh dibentuk.

Namun, disebalik hadith tersebut ada beberapa fahaman dr segi bacaan di penghujung hadith tersebut dimana tanda bacaan “faqihu”  atau “faquhu”.

faqihu – golongan yg byk ilmu namun tidak dipraktikkan atau diamalkan, maknanya hya faham shj.

faquhu – golongan yg sedikit ilmunya tetapi diamalkan oleh krn kefahamannya yg tggi.

Kat mne kita sebenarnya? Hya kita shj yg tahu. Sekiranya kita tahu kita berada digolongan faqih maka same2la kita berhijrah utk menjadi or tergolong bersama2 org2 yg faquh.Sebagai contoh org yg faquh, take Sumaiyyah for example. Pada zaman Sumaiyyah hya ada 2 kalimah

“Tiada Tuhan selain ALLAH, Nabi Muhammad pesuruh ALLAH”

Disebabkan kalimah mantera yg dipegang oleh Sumaiyyah, maka dia syahid berbekalkan kalimah di atas. Hya 2 potong ayt jika hendak dibandingkan dgn kita yg diperkumpulkan 6666 ayt didalam 144 surah mnjdi kitab yg kita pggil Al-Quran (Qalam ALLAH). Sumaiyyah hya tahu sedikit. Bahkan solat pun dia tidak tahu lg dikala itu. Apatah lg mengenai aurat. Yang ada hya ayt Makiyyah iaitu ayt dakwah yg berbentuk menyeru. Sumaiyyah menyambut seruan ALLAH dan dia syahid. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mukmin yg terpuji dan tinggi disisi ALLAH SWT.

Sebelum Rasulullah SAW wafat, baginda SAW tlh mewasiatkan Al-Quran & sunnah yg pasti menjanjikan kebenaran yg sebenar2nya. Tidak akn sesat seseorg itu klu dia berpegang teguh dgn ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi.Analogi yg blh kita ceritakan berkenaan Al-Quran & Sunnah & manusia iaitu kita. Ada 2 biji benih yg bermutu tinggi (constant variables) & ada 2 tanah. Satu tanah yg tandus & satu lg tanah yg subur (manipulated variables). Bagi pendapat anda, sudah pastilah tanah yg subur tuh akan mghasilkan hasil yg baik jika dibandingkan dgn tanah yg tandus td. Yg boleh kita kaitkan dgn analogi diatas ialah diri kita umpama tanah td.Kita dah ada 2 sumber yg paling bgus (Al-Quran & Sunnah) tp klu kita xgne sebaik mgkin, both sumber is useless pdhal itu bijih benih yg bermutu tggi. Jadi yg rugi bkn org lain tp kita. Jadi sbg org yg ada hati & beroleh akal fikiran yg ALLAh telah kurniakan kita patut lahirkan rse bersyukur dgn melakukan amal ibadat sbg tanda terima kasih.

“…boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (2:216)

Fikir-fikirkan ayt didalam surah Al-Baqarah ayt 216 ini. Tidak semestinya ape yg kita kerjakan saban ari itu baik utk kita even mendtgkan byk hasil, contohnya kekayaan yg boleh menimbulkan rse tamak tetapi beralih kpd kesederhanaan yg mendatangkan rsa kasihan kpd yg lebih memerlukan dan dari perasaan itu lahirlah amal yg dipanggil bersedekah.

” Dan sungguh, akan Kami isi nerakan Jahanam, banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya utk memahami (ayt2 ALLAH), dan mereka memiliki mata tetapi tidak pergunakannya utk melihat (tanda2 kekuasaan ALLAH) dan, mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya utk mendengarkan (ayt2 ALLAH). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lg. Mereka itulah org2 yg lengah.” (7:179)

Rugilah kita klu kita melengah sedangkan kita faham dr ayt diatas dimana org yg melengah itu lebih sesat dr haiwan ternakan.Kita cepat rse mrh bile kita diejek or dipaggil dgn panggilan seperti “bodoh mcm lembu” & “lembab mcm siput”. Walhal kita tidak perasan yg kita lbh buruk dr itu. Mudah2an ALLAH memelihara diri kita dr sifat2 mazmumah yg blh membuat kita terpesong jauh dariNya di era yg lbh mencabar ini. Amiin. Wassalam.

Ukhuwah Fillah

•March 21, 2009 • Leave a Comment

Telefon berbunyi, mcm ade msg..mmg btol pon.SMS dari Ana. Alhamdulillah.Akhirnya dpt jugak jmpe dgn Ana, Shi. Malangnyer Nadia xdpt join. Sedih to itu dugaan ALLAH pd dia sbb xdpt hadir sama.

Khamis, 19 Mac 2009.

Lps asar saya mntk adik saya hntr ke stesen komuter. Alhamdulillah. Sampai jgk ke Angkasapuri. Tak sampai 10 minit pn saya menunggu Ana dengan Shi dtg menjemput trus menuju ke gerai makan. Ana memesan tomyam, hanya Ana & saya yg memesan minuman. Shi mahu berkongsi katanya. Erm, pelik. Mungkin dia mmg suke cmtuh agknye. Saya mengomel dlm hati.

Tak igt plk jam berapa smpi dirumah tp mcm dah ptg..bertolak pon lps Asar, minum2 lg..borak2, tunggu tomyam Ana adala dlm jam 6 lbh skit kot. terus borak2 dgn housemate Ana iaitu Wani, Yai (nama btol shbt 2 org nih saya tak ketahui. Itu silap saya sndiri). Ramah sgt2. Mcm dh knl utk seribu tahun. Betullah, klu hati ikhlas berkawan kerana ALLAH (ukhuwah fillah) mmg akn dpt berkat. Tak ade yg lbh baik dr rahmat ALLAH yg tlh menciptakan langit & bumi. Saya tersenyum sendiri.

Mcm berbuka puasa pulak bile kami makan pada wktu mgrb (sebelum azan tp mcm dh nk azan sgt2 dh time tuh). Shi ada beli aym golek, ade tomyam, ada buah epal, ade telur goreng, ada air tebu & yang pnting ada nasi. Alhamdulillah. Ana baca doa & saya hanya mengaminkan. Syukur kepada ALLAh krn memberikan rezeki kepada kami. SayangNya dia kpd kami. Selepas mkn, kami solat Maghrib berjemaah. Shi mengimamkan. Sahabat yg byk berubah & rasanya terlebih dhulu mendapat hidayah ALLAH. beruntung benar. Rasa cemburu pulak (Aitcheh! sengih sorg2). Lepas solat baca YASSIN, hati Al-Quran. Surah yg aku teringin sgt saya nk hafal. EnshaALLAH. Semoga ALLAH permudahkan. Semuanya berjalan lancar. Mgla bkn program yg dirancang tetapi program mlm tuh dilimpahi rahmat ALLAH, tersusun, ada sessi basahkan hati. Teruja sgt2 mlm tuh. Bertadabbur. Pertama kali memanfaatkan tafsir yg tlh dibeli. Alhamdulillah. Minum pun gune 1 cawan, ada jambu & epal. Ana hentam banyak. Tak lupa jgk ade keropok ikan bersalut cili kot tp manis. Ntah. Cili manis agknyer. Ada ke? (garu kepala). Sebelum tidur Ana bercerita ttg ape pn saya tak pasti. mata nih dh layu sgt2. Tp plg igt Shi ada cerita psl Tariq. Seorang hamba pada mulanya ttp taat & patuh pd ALLAh sehingga dinagkat darjatnya menjadi panglima perang. Hebatkah beliau? Saya pn tgh mencari kitab2 mengenai beliau. Tak puas dgr cerita jerk. Takde ‘feel’ kata ank2 remaja skrg.Ntah smpi mana la cerita Ana sblm saya tertido.

Nngee, pukul 5.30 pagi, dh bgn. Ade Qiyyam. Solat tahajjud, solat taubat & solat hajat. Kemudian diikuti solat subuh. Selepas solat subuh baca Ma’thurat. Byk cerita disebalik Ma’thurat rupnenyer. Selama nih tau baca jerk. Kerdil lak rasa diri nih. Bukan tak tahu lgsg tp lupa sbb hanyut dgn godaaan keindahan dunia. Astaghfirullahala’ziim.. ampunkanlah hambaMu ini Ya ALLAH. Akn saya ceritakan dlm sirah nnt tak pun dlm muhasabah diri. EnshaALLAh. teruja sgt dh nih nk bercerita psl As-Syahid. =D

Selepas tazkirah, Ana trus turun ke dapur. Masak nasi goreng tuh. Boleh tahanla. paling seronok mkn dlm satu bekas kongsi 5 org. Ana, Shi, Yai, Wani & for sure la yg tgh menaip nih Aishah.(tersengih taip nme sndiri).

Shi ada kelas pg tuh. Bio-invetebrata. (tak sure la tp bunyi mcm gini jerk, klu slh sori ek). So, Ana hntr shi g kelas dulu then hntr sya blk tp dlm perjalan dpt knl shbt bru. Suraya dgn Ella rasanyer. Ella ada saudara kembar Elly agknyer nme dia. Molek la tuh Ella Elly ku beri nama saudara mara..(lagu zaman bdk2, sengih lg…:D) Rasa sekejap sgt. Tak puas tp byk input yg berguna itu dh ckup memadai. EnshaALLAh akn jmpa lg shbt2 semua. Mahabbah mawaddah penjalin Ukhuwah fillah.

“Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku adalah untuk ALLAH”

•March 5, 2009 • 1 Comment

Alhamdulillah, selepas perjumpaan dgn akhowat di Mines baru2 ini..saya mendapat sikit pengajaran berkenaan dgn tafsir. Pada awl perhijrahan saya ingin memahami bacaan dlm solat..Alhamdulillah..ALLAH Maha mendengar permintaan hamba2Nya..maka Dia mengurniakan saya emeil dr scripters dlm slot agama berkenaan dgn bacaan dlm solat (mknanya sjh).

1121345

Pesan Rasulullah kepada Wanita

•February 28, 2009 • 2 Comments
Alhamdulillah. skali lg ingin saya kongsikan. mengenai pesan Rasulullah SAW kpd kaum Hawa. Bukan sekadar nsht atau peringatan kpd org lain tetapi melebihi kpd diri saya sendiri. EnshaALLAH saya akn mengingati stp pesanan baginda Rasulullah SAW.
Pesanan baginda Rasulullah SAW:
1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).


14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya
.

“Al-Quran menjawab sebelum kita bertanya?”

•February 28, 2009 • Leave a Comment

Assalamualaikum,
Bismillahhirrahmanirrahim…
Baru sekejap td saya bace web iluvislam. Ada 1 artikel yg begitu menarik bg saya. Tak salah rasanya kalau saya kongsikan bersama. Pendek dan padat. Tak perlu berfikir panjang memandangkan ramai diantara sab=habat2 saya skrg busy dgn kerja2 mereka shgga takkde yg smpt nk tgk blog saya pun. kalau mereka tengok pu at least this extract of that article can help them alot. Kepada sahabat, JANGAN MENGELUH….espcially untuk Amin Muhammad Salleh yang skrg ini sdg mengambil ujian IELTS (saya pun tak sure ejaannyer beginikah). Sahabat baik saya ini ada mgatakan yg dia sgt ssh nk dpt apa yg dia sgt2 inginkan. Walhal ape yg dia kerjakan dgn sambil lewa itulah yg dia akn dpt.Post kali ini khas buat sahabat2 yg sekapal dgn Amin.

Kita selalu bertanya…dan Al-Quran sudah menjawabnya…

rilex

——————————————————————————–

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,”Kami telah beriman.”(“I am full of faith to Allah”)sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

——————————————————————————–

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

——————————————————————————–

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

——————————————————————————–

KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
“Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
-Surah Al-Imran ayat 139

——————————————————————————–

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

——————————————————————————–

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ?
-Surah At-Taubat ayat 111

——————————————————————————–

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
‘Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubat ayat 129

——————————————————————————–

KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!

QURAN MENJAWAB
“……dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12

p/s= org yg sbr slalu dpt lbh dr apa yg dia kerjakan.EnshaALLAH. =D

“Matikanlah Aku Sebelum Sempat”

•February 28, 2009 • Leave a Comment

mak-abah1YA ALLAH..
SESUNGGUHNYA HARAM BAU SYURGA BAGI KU SEANDAINYA AKU DERHAKA KEPADA KEDUA ORANG TUAKU..

AKU RINDUKAN MEREKA, YA ALLAH..

AKU INGIN TEMUI MEREKA SEKARANG YA ALLAH…

AKU KHUATIR.. TIADA LAGI KESEMPATAN BUATKU MENEMUI MEREKA..

ANDAI BUKAN AKU YG PERGI MENINGGALKAN MEREKA.. MEREKA YANG AKAN KEMBALI MENEMUIMU..

OLEH ITU… AKU MOHON KAU MATIKAN AKU SEBELUM AKU BERPELUANG MENJADI ANAK DERHAKA….

AKU CINTAI MEREKA, YA ALLAH..

AKU SAYANG MEREKA, YA ALLAH..

NAMUN AKU TAK PANDAI MENZAHIRKANNYA…

LISANKU BIADAB TERHADAP MEREKA, YA ALLAH..

KATA-KATAKU LANCANG MESKIPUN AKU SEDAR MEREKALAH ORANG TUAKU..

OLEH, KAU LEMBUTKANLAH LISANKU..

KAU ZAHIRKAN KASIHKU KEPADA MEREKA, YA ALLAH..

AGAR MEREKA DAPAT RASA.. YG PENGORBANAN MEREKA KEPADAKU SELAMA INI BERBALOI, YA ALLAH..

CUKUPLAH SEKADAR BERBALOI BAGI MEREKA, YA ALLAH..

KERANA AKU TIDAK MAMPU MEMBALAS JASA MEREKA, YA ALLAH..

ANDAINYA AKU DAPAT BERKHIDMAT PADA MEREKA DUNIA DAN AKHIRAT, TETAP TIDAK AKAN SETIMPAL DENGAN JASA MEREKA MELAHIR DAN MEMBESARKAN AKU, YA ALLAH..

AKU HAMBAMU YG HINA, YA ALLAH..

AKU HAMBAMU YG LEMAH, YA ALLAH..

AKU TEWAS BILA SYAITAN MENIUP-NIUP API KEMARAHANKU..

NAFSU AMARAHKU SUKAR DIBENDUNG, YA ALLAH..

OLEH ITU..

AKU MOHON KAU LINDUNGI DAN BANTULAH AKU…

AGAR MENJADI ANAK YG SOLEH…

YG DAPAT MEMBERI BEKALAN KEPADA ORANG TUAKU KELAK..

P/s= buat mak abah..syg mak abah sgt2..mntk ampun sebab xpndai nak zahirkan sumtimes but i do really love u all. may GOD bless u my beloved parents.

Ana nak jadi individu muslim yang IDEAL

•February 27, 2009 • Leave a Comment

hari ini saya ada baca blog sahabat saya yang sama-sama menelaah di KMM dulu. ape yang menarik selain daripada a piece of hadith & kalamullah, ade sedikit peringatan di mana di sebelah sudut kanan have a space for to be IDEAL MUSLIM. I want to share it with all of the viewers of my blog about that so that we can
‘hijrah’ together.

* 1. aqidah yang sejahtera (salimul aqidah)
* 2. ibadah yang shahih (sahihul ibadah)
* 3. akhlak yang mantap (matinul khuluq)
* 4. luas pengetahuan (mutsaqqafal fikr)
* 5. sihat tubuh badan (qawiyyal jism)
* 6. mampu berdikari (qadiran ala kasbi)
* 7. melawan nafsu (mujahadah ala nafsi)
* 8. sangat menjaga masa (haarithun ala waqtihi)
* 9. tersusun urusannya (munazzamun fi syu’unihi)
* 10. bermanfaat pada orang lain (nafi’un li ghairihi)

EnshaALLAH, kalu ada azam yang kuat, istiqomah, tawadhu’ dalam melakukan kebaikan, nescaya ALLAH akan membantu. Amiin.

“Hijrah”

•February 27, 2009 • Leave a Comment

echarz2
Salam, buat semua. Semoga dirahmati, diberkati dan dikasihi Allah dan para malaikat serta RasulNya.

Alhamdulillah, kita masih boleh bernafas sampai hari ini. Hijrah, tak semua orang boleh berhijrah. Berhijrah bukan bermaksud pidah dari satu tempat ke tempat lain sahaja, tetapi yang echa maksudkan hijrah dari segi peribadi. Syukur alhamdulillah, Allah dah mula bukakan sedikit pintu hati ini untuk berhijrah kepada yang lebih baik. biar pun sedikit tetapi saya masih lagi bersyukur ke hadrat Ilahi.

Saya berazam nak berubah kepada yang lebih baik. ‘Today must be better than yesterday & tomorrow must be much better than today”.

Allah pernah berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka. Sebelum ini echa hanya mendengar orang memperkatakan ayat tersebut, bahkan hanya membaca dalam al-Quran tanopa memikirkan maksudnya. Alangkah ruginya rasa bila umur meningkat tua baru disedari. Echa tak mahu orang lain menjadi sepertyi Echa bahkan Echa mendoakan perkara yang baik-baik untuk semua.

EnsyaAllah, mudah-muadahan Allah membantu. Istiqomah, jihad fi sabilillah. jihad tidak semestinya di medan perang. Jihad untuk diri sendiri. melawan nafsu dan hak diri yang boleh membawa kepada doa juga jihad. Malah tidur pun dikira jihad.

Mahabbah mwaddah penjalin ukhuwah.Wassalam.

KHAIRUN NISA’

•February 25, 2009 • 1 Comment

Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

”Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.” -Riwayat Muslim

Huraian:

Seorang isteri melihat kebahagiaan sebagai matlamat unggul dalam kehidupan berkeluarga. Ia tidak boleh diukur tetapi dapat dirasai. Rasulullah SAW meletakkan isteri yang baik itu sebagai faktor kebahagiaan seseorang suami. Dengan perkataan lain isteri yang solehah akan menjadikan sesebuah rumah itu ibarat syurga yang menenangkan hati sesiapa sahaja yang bernaung padanya.

Allah berfirman dalam al-Quran mengenai sifat-sifat seorang isteri yang solehah yang rmaksudnya:

“Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya.”-(Surah an-Nisaa’ ayat 34).

Jika dilihat pada zaman sekarang, ramai isteri-isteri yang tidak lagi menghormati suami mereka bahkan cuba untuk berdiri sama tinggi dengan si suami. Akibatnya kerukunan rumah tangga terancam. Kes isteri yang meminta cerai daripada si suami bukan lagi perkara luar biasa. Pendek kata keharmonian rumah tangga semakin lama semakin goyah. Kasih sayang antara satu sama lain semakin tipis. Seharusnya seorang isteri mahupun suami harus sedar kedudukan dan tugas sebenar masing-masing dalam rumah tangga. Kenapa isteri ataupun suami gagal menjadikan pasangan mereka sangat mencintai diri mereka adalah persoalan yang mesti dijawab oleh empunya diri masing-masing. Mudah-mudahan jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan rumah tangga pada hari ini dapat dijawab.

“AJAL & MAUT”

•February 23, 2009 • Leave a Comment

Assalam Mu’alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Mak a Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
forward this link…may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita……..