“Hijrah”

•February 27, 2009 • Leave a Comment

echarz2
Salam, buat semua. Semoga dirahmati, diberkati dan dikasihi Allah dan para malaikat serta RasulNya.

Alhamdulillah, kita masih boleh bernafas sampai hari ini. Hijrah, tak semua orang boleh berhijrah. Berhijrah bukan bermaksud pidah dari satu tempat ke tempat lain sahaja, tetapi yang echa maksudkan hijrah dari segi peribadi. Syukur alhamdulillah, Allah dah mula bukakan sedikit pintu hati ini untuk berhijrah kepada yang lebih baik. biar pun sedikit tetapi saya masih lagi bersyukur ke hadrat Ilahi.

Saya berazam nak berubah kepada yang lebih baik. ‘Today must be better than yesterday & tomorrow must be much better than today”.

Allah pernah berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka. Sebelum ini echa hanya mendengar orang memperkatakan ayat tersebut, bahkan hanya membaca dalam al-Quran tanopa memikirkan maksudnya. Alangkah ruginya rasa bila umur meningkat tua baru disedari. Echa tak mahu orang lain menjadi sepertyi Echa bahkan Echa mendoakan perkara yang baik-baik untuk semua.

EnsyaAllah, mudah-muadahan Allah membantu. Istiqomah, jihad fi sabilillah. jihad tidak semestinya di medan perang. Jihad untuk diri sendiri. melawan nafsu dan hak diri yang boleh membawa kepada doa juga jihad. Malah tidur pun dikira jihad.

Mahabbah mwaddah penjalin ukhuwah.Wassalam.

KHAIRUN NISA’

•February 25, 2009 • 1 Comment

Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

”Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.” -Riwayat Muslim

Huraian:

Seorang isteri melihat kebahagiaan sebagai matlamat unggul dalam kehidupan berkeluarga. Ia tidak boleh diukur tetapi dapat dirasai. Rasulullah SAW meletakkan isteri yang baik itu sebagai faktor kebahagiaan seseorang suami. Dengan perkataan lain isteri yang solehah akan menjadikan sesebuah rumah itu ibarat syurga yang menenangkan hati sesiapa sahaja yang bernaung padanya.

Allah berfirman dalam al-Quran mengenai sifat-sifat seorang isteri yang solehah yang rmaksudnya:

“Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya.”-(Surah an-Nisaa’ ayat 34).

Jika dilihat pada zaman sekarang, ramai isteri-isteri yang tidak lagi menghormati suami mereka bahkan cuba untuk berdiri sama tinggi dengan si suami. Akibatnya kerukunan rumah tangga terancam. Kes isteri yang meminta cerai daripada si suami bukan lagi perkara luar biasa. Pendek kata keharmonian rumah tangga semakin lama semakin goyah. Kasih sayang antara satu sama lain semakin tipis. Seharusnya seorang isteri mahupun suami harus sedar kedudukan dan tugas sebenar masing-masing dalam rumah tangga. Kenapa isteri ataupun suami gagal menjadikan pasangan mereka sangat mencintai diri mereka adalah persoalan yang mesti dijawab oleh empunya diri masing-masing. Mudah-mudahan jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan rumah tangga pada hari ini dapat dijawab.

“AJAL & MAUT”

•February 23, 2009 • Leave a Comment

Assalam Mu’alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Mak a Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
forward this link…may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita……..

“Maafkan Aku”

•February 23, 2009 • 1 Comment

Malam semalam, seronok berangan berbincang mengenai masa depan, perancangan jangka panjang. Tapi panas jarang sampai ke petang. Aku tersalah langkah. dalam keadaan terdorong dengan rasa yang berkecamuk, aku mematikan talian selepas perkataan “bye” yang aku dengar.

Pagi ini, lebih kurang dua puluh panggilan aku tidak berjawab. Berulang kali aku mendail nombor telefon bimbit dia. Mungkin aku salah tapi hakikatnya aku tak ada niat nak melukakan hati dia. Sikit pun tidak. Sambil menggosok baju, tak sedar air panas mengalir ke pipi. Maafkan aku. Buat niat aku nak matikan telefon dengan sengaja malam tadi. Aku hanya nak elakkan pergaduhan. Aku tak mahu bertikam lidah. Sudah pastinya akan menyakitkan hati kedua-dua belah pihak. Sungguh, aku bukan sengaja. Memang aku nak elakkan pergaduhan. memang sedikit ada rasa takut kalau-kalau aku terlep[as cakap yang bukan-bukan.

Maafkan aku. Aku tak sengaja. Apa yang harus aku buat untuk hilangkan rasa sakit di hati dia? Aku sendiri pun tak tahu. Aku cuba hubungi dia tapi dia enggan menjawab. Patutkah aku hanya tinggalkan pesanan ringkas? Tak mungkin. Aku tak mahu dia cakap aku tidak serius. Tapi bagaimana harus aku hubungi dia? Semua panggilan aku tidak dijawab? Ah! merajukkah dia? Atau mungkin dia dah tak ada hati pada aku? Semua salah aku..kalaulah aku bersabar dan tidak memikirkan sangat dugaan yang bertimpa-timpa. Ya ALLAH, peliharalah hubungan ini Ya ALLAH..

Rumah Merah Jambu, Pekan, Pahang

•February 19, 2009 • 3 Comments

Valentine, ah! Aku sedikit pun tak terasa nak menyambut hari cinta yang menjadi sambutan wajib anak-anak muda sekarang. Ape yang aku tahu, aku dalam perjalanan ke kampung tunangku, Amin. Dalam bas, aku hanya tidur, sampai di perhentian Bentong barulah aku tersedar.  Waktu itu jam menunjukkan pukul 12.30 pagi. Malasnya rasa nak turun tapi tak tahan nak terkucil. Aku pun turun dengan Amin, lepas daripada itu aku duduk minum teh tarik. Sedap. Sambil makan ‘Dunkin Donut’ yang Amin beli di Puduraya. Nikmat tak terkata sebab aku pun lapar waktu itu.

Pukul 3 pagi aku tiba di terminal Kuantan. Syukur Alhamdulillah aku dapat jegak jejakkan kaki ke negeri Skuad Tok Janggut itu. Sebelum ini aku hanya sampai ke Kuala Lipis sahaja. Perasaan seronok tak terkata dalam hati aku. Turun dari bas mata aku sibuk melirik sana sini meratah setiap pelosok ruang yang ada di terminal itu. Amin mula menapak ke arah parkit kereta. ayahnya sudah siap menunggu bersama adiknya yang hanya aku paggil “benchik”. Sepanjang perjalanan aku ke Kampung Semangat, aku hanya diam menghayati setiap pemandangan yang ada. Walaupun gelap malam menyelubungi setiap pemerhatian tetapi aku masih dapat melihat rumah-rumah yang tersergam indah. jaraknya antara sebuah rumah dengan rumah yang lain tidaklah sejauh mana. Kereta waja milik pakcik Muda menyelusuri Tanjung Lumpur dan berhenti ditepi jalan. Amin mahu membeli makanan. Dia tidak sempat menjamah makanan selepas pulang dr kerja terus menuju ke rumah aku kemudian kami terus naik bas. Semasa ketiadaan Amin membeli makanan, pakcik sempat bertanya aku bekerja dimana dan mengajak aku turun makan. Aku hanya menolak kerana terlalu kenyang dengan perasaan seronok bercampur berdebar. Maklumlah, belum pernah aku ikut Amin balik ke kampung walaupun sudah 4 tahun usia perkenalan kami.

Kereta pakcik muda mula membelok kekirikemudian ke kanan kemudian aku dapat melihat sebuah rumah bercat merah jambu. Cantik. Ada akuarium didepan umah yang airnya gelap. dalam hati aku sudah sebulan airnya belum berganti. Aku sendiri ada akuarium di rumah. masakan aku tidak tahu.

Ruang rumah agak bersepah, aku paham. Dalam keadaan semua ahli keluarga yang sibuk bekerja mencari nafkah, mana nak terkejar mengemas rumah. Amin membuka lampu di bilik tengah sambil mulutnya sibuk mengejutkan seseorang dari tidur. Diknah, adik Amin yang bongsu tidur di blik itu. kelam kabut dia mengikat rambut dam menyalami tanganku lantas dicium hormat. Segan pula aku.

Selepas meletakkan beg didalam bilik, aku terus kedapur dan menghidang mi sup yang dibeli Amin. Sedap. Dua kali aku tambah. Cukup semua rasa, pedas dengan rasa lada hitam. laju aku menghirup kuahnya. Amin sibuk berborak dengan Diknah. Aku hanya mendengar perbualan adik beradik itu. Nak mencelah aku pun tidak tahu nak mencelah di mana. Selepas makan aku mencuci pinggan. penuh sinki aku tengok dengan besen-besen yang kotor. Amin memberitahu rumahnya sejak dari ditenggelami air dulu belum berkemas sepenuhnya. Aku tidak hairan kerana Amin terlebih dahulu memaklumiku. Pukul 5 pagi aku masih lagi mencuci pinggan sampailah Diknah menyuruh aku berhenti. Aku pun terus mencuci tangan yang bersabun dan menuju ke bilik. Amin menyuruhku aku mandi. Seperti lembu dicucuk hidung, aku terus mengeluarkan tuala dan menuju ke bilik air. ALntas aku membersihkan diri.

Amin sibuk melayan astro diruang tamu. Dah hampir subuh pun masih mahu menonton. Aku melabuhkan punggung ke atas kerusi si sebelahnya. Aku merenung ke arah sisinya yang sedang khusyuk menonton raja lawak. Rugi kalu aku tinggal kan lelaki ini yang saban hari setia dengan aku. Hatinya tulus menerima aku walaupun aku banyak melukai hatinya. Ahh! Tak ku sedar air mata aku menitis.Terkenang kembali kesalahan-kesalahan lampau yang aku dah buat.

Oh! Tuhanku cinta dia,

berikanlah aku hidup,

Takkan ku sakiti dia,

Hukum aku bila terjadi…

Keesokan paginya, aku hya bersarapan roti canai yang dibeli Ngah Tan anak kedua dari keluarga itu. kebetulan dia baru balik dari kerja. Aku tak tengok lagi muka dia. Bagaimanalah agaknya. Aku terus mengemas apa yang patut.

Selesai mengemop lantai aku terus menghiris bawang, mencuci udang dan memotong sayur kangkung. yang memasaknya Kak Azam. Kakak sulung Amin. Ikutkan ahti mahu jugak aku memasak tapi aku kurang yakin risau kalau-kalau masakan aku tidak dapat diterima. Padahal bukannya susah untuk memasak gulai kari udang. Menurut Diknah, Amin gemar memakan kari udang. Baru ini aku tahu. Sebelum ini aku hahnya tahu dia suka makan ayam masak merah dan ikan bawal masak sos bersantan. Mujurlah tak susah lauk yang dia minat. lega rasanya hati. Aku makan semeja dengan mak Amin, Benchik, Diknah dan jugak Amin. Kebetulan makcik baru pulang dari mngajar. biarpun hari Sabtu, sekolah ganti masih ada. Ayah sibuk mengemas belakang rumah.

Selepas makan dan mengemas rumah aku mula keletihan. Dengan tidak cukup tidur, mata aku mula kuyu hampir tertutup. Diknah sibuk menyuruh aku lelapkan mata sekejap dan berjanji akan mengejutkan aku. Aku pada mulanya tidak mahu, akhirnya aku akur. Aku tidur di lantai, takut aku mahu tidur di atas katil bimbang tak terlajak tidur.

Bila aku terjaga, aku terus melihat jam di telefon, sudah pukul  4.30 petang. Diknah tengah solat, hari pula hujan. Aku mula sambung tidur sedar sahaja sudah pkol 5 lbh. Ahh! Aku terlajak tidur. Terkocoh-kocoh aku ke bilik air mengambil wudhuk. Ku tunaikan tanggungjawab sebagai khalifah ALLAH dimuka buminya. Selepas solat aku meneruskan kerja memotong sayur berserta bawang sampailah ke tengah malam sehingga aku mataku hampir layu. Walaupun kepenatan, aku masih lagi mampu berborak dengan sanak saudara Amin, bermula dari Kak Niza (isteri kepada Abang Sabri sepupu Amin) hinggalah ke tok Amin. Aku sempat bergambar dengan tiga orang sepupu Amin. Sekmah, Kak Minah dan Wan. Wan kurang sihat implikasi selepas demam panas ketika berusia 3 tahun. Itu kata Makde. Malam itu aku tidur awal.  Esok majlis pertunangan Kak Ha. tentunya Kak Ha lah yang paling sibuk. Menghias hantaran, menggantung lagsir, dan memasang cadar tilam. Dalam kesibukan disiang hari baru aku perasan yang aku rindu pada Amin, Biarpun tinggal di bawah satu bumbung, tapi aku kurang nampak Amin. sekejap-sekejap aku hanya nampak kelibat dia. paling lama pun semasa menggantung langsir dibahagian runag tamu dan semasa mengemas dapur dan mencuci bilik air. Apa yang aku rasakan waktu itu bahagia yang tidak terkata. Layanan yang baik dari ahli keluarga dia. Aku sempat berbual dengan Ngah Tan waktu sarapan. hampir aku lupa pada dia. Badannya agak berisi tetapi masih slim. Mungkin  otot agaknya. Aku kurang pasti.Aku terus terlelap tidak tahu pukul berapa waktu itu.

Laksa Pahang, isi ikan terisi yang siap direbus diasingkan daripada tulangnya, kemudian dikisar. Sama macam membuat laksa. Bezanya kuah laksa Pahang ditambah santan dan cara memakannya juga lain kerana dimakan beserta ulam-ulaman seperti kacang panjang dan juga taugeh. Kuah laksanya juga lebih pekat berbandiong laksa penang. Cara memakannya kuah laksa dituang sedikit sahaja seperti hendak memakan spagheti. memakan dengan tiga jari lebih mudah dari menggunakan sudu. Pada mulanya aku macam tak dapat terima laksa bersantan tapi bila dah makan berulang-ulang aku makan. Sedikit pun tidak ada rasa malu depan Makde aku bertambah laksa. sedap sangat-sangat. terliur pulak air liur aku. Aduh…

Lima dulang berbalas lima. Selepas zohor, dengan ikatan pertunangan selama setahun dengan wang hantaran berjumlah sembilan ribu yangbtelah dipersetujui pihak lelaki maka Kak Ha telah menjadi tunangan orang. Tentunya Aki yang paling gembira kerana Aki lah yang menetapkan pertunangan Kak Ha. Majlis pada hari itu seakan-akan kenduri kahwin. Meriah sangat. hampir-hampir lupa diri aku dibuatnya. Aku sempat bergambar dengan Kak Ha, Diknah dan juga Amin di dalam bilik Kak Ha. Berkali-kali juga Kak Ha meminta bergambar dengan aku. Bukan aku tak mahu tapi muka aku berminyak dek panas dalam rumah. Peluh usah diambil kira. Basah anak tudung aku.

Pukul 4 petang, aku sudah bersiap2 untuk pulang. Aku menggosok kemeja Amin. Pakaian aku semua aku sudah masukkan ke dalam beg. Kak Azam sudah perasan bila aku menuju ke bilik air untuk mandi. terus dia bungkuskan aku laksa serta kuih-muih. Diknah pula menemani aku dalam bilik sambil mulutnya petah berkata-kata itu ini. bercerita tentang cinta, lelaki, pakaian, perasaan, Amin dan juga kehidupan aku dengan Amin. Aku pun tidak lokek. Segalanya aku ceritakan termasuk pergaduhan aku dengan Amin dengan niat Diknah tidak mencontohi aku. Amin sudah siap berkemas, aku hanaya menunggu arahan dari dia. Sempat juga aku menyapu sampah di ruang tamu. Aku bersalam dengan semua mak saudara dan jugatok Amin. Sedih pula rasanya bila nak meninggalkan kampung Semangat. memang kampung itu bukan kampung kau tetapi aku rasa kampung itu sama seperti kampungku di Perak. Ngah Tan siap menunggu di keretanya. Pakcik Muda sedang melayan tetamu yang tiba lewat. Dia hanya sempat berpesan sampaikan salam untuk ayahku. Aku melangkah keluar dari umah merah jambu membuntuti Amin berjumpa Kak Ha yang sedang berborak dengan rakan-rakannya yang mahu pulang. Kak Ha memeluk dan mengucapkan terima kasih. Aku hanya bal;as dengan senyuman dan menyatakan itu cuma perkara biasa. Mungkin kali ini gilirannya, mana tahu akan datang dia juga berada ditempatku dan aku berada ditempatnya. insyaALLAH.

Kereta Wira dipandu Ngah Tan meninggalkan perkarangan rumah merah jambu. Hati aku mula sayu walaupun hanya dua hari aku berada di dalam rumah merah jambu, aku masih mampu mencoret berjuta-juta kenangan. Mungkinkah aku akan kembali menjejakkan kaki ke rumah merah jambu? Aku mengharap sesuatu dari rumah merah jambu..

“Amirul Firdaus”

•February 8, 2009 • Leave a Comment

Kata Amirul Firdaus,

Setiap dari kita

punyai takdir,

ALLAH yang menetapkan,

Pesan Amirul Firdaus,

Bersyukur ,

dengan apa yang diberi,

Peringatan Amirul Firdaus,

Bersabar,

dengan apa yang kurang,

Nasihat Amirul Firdaus lagi,

Redha,

dengan segala kesulitan.



“Sepi”

•February 6, 2009 • 3 Comments

Dingin pagi kembali bersua,

terjahan cahaya turut menerpa,

menjerit sayu raungan jentera,

bagiku semua tiada yang berbeda,

sepi, sunyi, sendiri…

pusingan roda mula melepasi,

gagahan batu tinggi,

sedikit pun tidak bisa menandingi,

gagahan hati ini,

yang sepi menyendiri..

Namun aku kan menanti,

untuk sepi ini diatasi,

bukannya deretan batu tinggi,

mahupun jeritan jentera lagi,

aku sendiri tidak pasti..